SLOGAN

“ Bekerja dengan penuh keikhlasan hati dan mematuhi semua arahan majikan dan saling bekerjasama di antara satu sama lain”.

Ahad, 4 April 2010

GAMBAR PEKERJA

RADZIAH



ROSNANI











ZAIHANIDA

Sabtu, 3 April 2010

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI BILIK PEKERJA SKJJ 2010.

PENASIHAT : PN. RODZIAH BT. MOHD RAZALI AMP.
(GURU BESAR SKJJ)

PENGERUSI : PN.ROZILAH BT ABU BAKAR

SETIAUSAHA : USTAZAH RADZIAH BT YUNUS

AHLI JAWATANKUASA :
(1) ROSNANI BT. KECHIK

(2) ROSE ELIZA BT. SAID

(3) ZAIHANIDA BT. BAHARUDIN

(4) SY ZURIAH BT. SY ZAINUDIN

(5) MUHD ASRI BIN SUZAINI

(6) MUHD HASIF ASRAF BIN KASIM

(7) W.MUHD BIN W.MUHD YASSIN

PERATURAN BILIK

1. Sebelum memasuki bilik pekerja hendaklah memberi salam dan ucap selamat.

2. Murid tidak dibenarkan masuk kedalam stor pekerja kecuali mendapatkan keizinan pekerja atau guru-guru.

3. Tidak dibenarkan membawa sebarang makanan.

4. Setiap kali masuk bilik pekerja atau membawa keluar barang-barang dari bilik stor hendaklah membuat catatan keluar masuk barang.

5. Selepas menggunakan segala alatan di bilik pekerja, alatan tersebut perlu disimpan kembali dengan kemas. Semua kemudahan yang berada dalam bilik pekerja adalah tanggungjawab bersama.

6. Murid tidak dibenarkan membawa keluar bahan atau alat dari bilik pekerja kecuali mendapat izin daripada guru pekerja danm guru. Segala bentuk urusan tersebut perlu direkodkan.

7. Setiap pengguna bilik pekerja hendaklah sentiasa bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan bilik.

8. Pekerja hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan kekemasan ketika berada di dalam bilik pekerja dan mematuhi semua peraturan bilik.

VISI DAN MISI

VISI
Melaksanakan tugas sebagai pekerja SKJJ yang cukup bertanggungjawab dan penuh berdedikasi. Melaksanakan arahan yang diarahkan oleh majikan dengan penuh ikhlas hati serta mempamirkan sikap yang mulia dan tinggi budi pekerti.


MISI
Memupuk semangat kerjasama dan setia kawan yang mantap demi mencapai kebersihan dan keceriaan yang maksimun bagi sekolah.
Melahirkan pekerja yang berhemah dan mempunyai nilai peradaban yang tinggi dan mempunyai kesanggupan bekerja bila-bila masa yang diarahkan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Layanan yang mesra dan sentiasa membantu guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain dalam menceriakan suasana disekolah.

2. Setiap permintaan guru-guru atau insan lain akan sentiasa dipenuhi dengan sebaiknya.

3. Perbincangan untuk melahirkan idea yang menarik akan sentiasa dialu-alukan.

4. Setiap arahan dan perintah dari majikan akan dilaksanakan dengan sebaiknya.

5. Pertolongan kepada guru-guru akan segera dilakukan.

6. Memberi kerjasama dan sokongan kepada guru-guru.

OBJEKTIF

a) Melahirkan pekerja yang berketrampilan.

b) Pekerja yang mampu menjalankan tugas yang diamanahkan.

c) Saling bekerjasama sesama AJK dan saling bertolak ansur.

d) Mematuhi segala arahan majikan dengan ikhlas.

e) Menjalankan tugas masing-masing dengan penuh efektif.

f) Seorang pekerja yang berdisiplin.

g) Seorang pekerja yang memahami tugas masing-masing.

h) Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam.

i) Seorang pekerja yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan.

j) Seorang pekerja yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk kebaikan.

k) Seorang pekerja yang cintakan Allah dan Rasul dan mencari rezeki halal.

l) Mematuhi perintah dan suruhan guru besar.

PENDAHULUAN

Bilik pekerja Skjj diwujudkan memandangkan keperluan dan kepentingannya, diantaranya untuk menyimpan barang-barang dan alat-alat yang digunakan oleh pekerja untuk membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Di samping itu juga biilik ini diperlukan bagi memberi ruang kepada pekerja mengadakan mesyuarat dan membincangkan sesuatu perkara yang dibangkitkan atau di arahkan oleh majikan. Bilik pekerja juga digunakan oleh pekerja untuk menyalin pakaian mereka dan menyusun barang-barang keperluan pekerja agar tidak berselerak dan berada didalam keadaan yang tersusun dan teratur.

Stor pekerja atau bilik pekerja disediakan oleh pihak sekolah adalah untuk menyimpan segala barang untuk kegunaan sekolah, selain itu pekerja-pekerja juga menggunakan bilik pekerja sebagai tempat mesyuarat serta tempat catatan segala barang yang patut bdigunakan untuk kebersihan dan keceriaan sekolah.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja-pekerja sekolah sebagai kerjasama yang sihat demi menjadikan sekolah mencapai matlamat 3K, aitu Kecerian, Kesihatan dan Keselamatan. Hubungan yang baik antara pekerja, guru-guru akan memudahkan majikan merancang dan melaksanakan pelbagai projek 3K sekolah.