SLOGAN

“ Bekerja dengan penuh keikhlasan hati dan mematuhi semua arahan majikan dan saling bekerjasama di antara satu sama lain”.

Sabtu, 3 April 2010

PENDAHULUAN

Bilik pekerja Skjj diwujudkan memandangkan keperluan dan kepentingannya, diantaranya untuk menyimpan barang-barang dan alat-alat yang digunakan oleh pekerja untuk membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Di samping itu juga biilik ini diperlukan bagi memberi ruang kepada pekerja mengadakan mesyuarat dan membincangkan sesuatu perkara yang dibangkitkan atau di arahkan oleh majikan. Bilik pekerja juga digunakan oleh pekerja untuk menyalin pakaian mereka dan menyusun barang-barang keperluan pekerja agar tidak berselerak dan berada didalam keadaan yang tersusun dan teratur.

Stor pekerja atau bilik pekerja disediakan oleh pihak sekolah adalah untuk menyimpan segala barang untuk kegunaan sekolah, selain itu pekerja-pekerja juga menggunakan bilik pekerja sebagai tempat mesyuarat serta tempat catatan segala barang yang patut bdigunakan untuk kebersihan dan keceriaan sekolah.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja-pekerja sekolah sebagai kerjasama yang sihat demi menjadikan sekolah mencapai matlamat 3K, aitu Kecerian, Kesihatan dan Keselamatan. Hubungan yang baik antara pekerja, guru-guru akan memudahkan majikan merancang dan melaksanakan pelbagai projek 3K sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan